Blogger Rusydi Manan : Sifat Lelaki

@rusydimanan

@rusydimanan
©2024 Mohamad Rusydi Ahmed Manan .All Rights Reserved.█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║©ΘRIGINAL PRΘFILE®

Wednesday, 6 April 2011

Sifat Lelaki



  • Apabila seorang lelaki menyintai gadis yang dicintai dia akan menjadi seseorang yang begitu sensitif dan prihatin..(mesty X3)
  • Apabila seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat atau sebagainya. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  • Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool..(pasty x3).HaHaHa ini segelintir dari lelaki mungkin aku tidak..huhuhu sebenarnya perempuan tahu bahawa boyfriendnya atau suaminya macamana orangnya...
  • Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • Andainya perempuan tahu bahawa lelaki amat cemburu terutamanya perempuan asyik melayan lelaki lain dan menyebut nama lelaki lain. Menceritakan tentang ada lelaki lain menyukai kamu atau ingin mengenali kamu. Yang amat memedihkan jika kamu menyebut tentang bekas teman lelaki kamu...Sesungguhnya lelaki amat benci mendengarnya...
  • Kebanyakan masa yang ada pada lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan yang dirasakan oleh seorang wanita.. Ini kerana lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu atau begini…
  • Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  • Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan orang terutama pada wanita yang dicintainya.
  • Lelaki sanggup buat apa sahaja demi percintaannya terhadap kekasihnya, isteri atau keluarganya. Adalah memalukan bagi lelaki jika tidak berupaya menolong.
  • Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call. Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.
  • Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga manusia normal dan mempunyai kelemahan!

Bukan mudah untuk membina hubungan yang terus bahagia. Kadang-kadang pertanyaan dan jawapan membawa padah kepada si pasangan. Jadi, hati-hatilah soal apa yang harus dan tidak harus diceritakan kepada pasangan anda. Ada sebuah madah yang ingin dikongsikan dengan anda semua (lelaki dan perempuan) :

 ” Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.”

No comments:

Post a Comment