Blogger Rusydi Manan : jiwa Pengumpul

1994-2016(Mohamad Rusydi Ahmed Manan).All Rights Reserved. █║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║©ΘRIGINAL PRΘFILE®

1994-2016(Mohamad Rusydi Ahmed Manan).All Rights Reserved. █║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║©ΘRIGINAL PRΘFILE®
1994-2016(Mohamad Rusydi Ahmed Manan).All Rights Reserved. █║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║©ΘRIGINAL PRΘFILE®

Wednesday 23 April 2014

jiwa Pengumpul

"Dalam perniagaan barang antik, semakin lama usia sesuatu barangitu, maka semakin mahal harganya. Namun, jika dilihat dari aspek sejarah, kehalusan seni buatannya, keunikan, budaya dan warisan membuatkan ia tidak boleh dinilai dengan wang ringgit semata-mata.

"Inilah antara sebab mengapa ramai pengumpul barang antik sanggup mengeluarkan belanja hingga beratus ribu ringgit untuk memiliki sesuatu barang yang dianggap 'berharga'. Bak kata pepatah, 'hanya jauh hari mengenal manikam' bagi menggambarkan sifat mereka.

"Semua barangan antik saya bukan untuk dijual. Letaklah berapa harga sekali pun, saya tidak akan sesekali melepaskannya. Ia mempunyai nilai tersendiri.

"Bagi saya, kepuasan amat dirasai apabila berjaya mendapatkan barang yang disukai. Justeru, saya akan menjaganya dengan baik seperti menjaga nyawa sendiri.

“Bukan wang yang dikejar sebaliknya saya lebih menghargai nilai nostalgianya,”

"Barang antik, kalau hilang satu, memang tidak ada gantinya.

"Sebenarnya semua yang ada di dalam rumah ini adalah kegemaran saya. Tidak ada satu pun yang saya tidak sayang. Sebab itulah saya simpan dan jaganya dengan baik.

"Mengikut Akta Purba 1976, jika sesuatu barangan berusia melebihi 100 tahun dan mempunyai nilai sejarah, barulah ia disebut antik. Tetapi selepas Akta Warisan Kebangsaan 2005 digubal, barangan antik merujuk kepada barangan yang sudah melebihi usia 50 tahun.

No comments:

Post a Comment